Wednesday, April 9, 2008

Tokoh yang sangat Mempengaruhi Kehidupan Saya

Tokoh saya ialah Doktor Megumi Kodera iaitu seorang doctor haiwan. Dia bekerja di Clementi di blok 109 Clementi Street 11. Saya mengenalinya dari membawa kucing saya ke situ. Saya memilihnya sebagai tokoh saya kerana saya amat kagum dengan pekerjaannya dan juga hobinya yang suka menjaga dan memelihara haiwan.

Tokoh ini istimewa kerana orangnya tidak cerewet dan sentiasa berani. Dia juga kelihatan gembira apabila berjumpa kami. Dia juga tidak ganas kalau haiwan itu berdegil atau mengigitnya. Walaupun dia bukan rakyat Singapura, dia juga mempunyai kebolehan untuk menjadi doktor haiwan dan juga berbual bahasa Inggeris dengan baik sekali.

Saya rasa kami mempunyai kehendak yang sama. Saya tidak cerewet dan juga sentiasa kelihatan riang. Saya juga suka menjaga dan memelihara haiwan seperti kucing dan anjing. Saya juga ingin mencapai cita-cita sepertinya.

Usahanya untuk mencapai sepertinya ialah mendapat markah yang terbaik untuk peperiksaan terakhir sekolah, terus ke sekolah doktor haiwan setelah itu mendapat diploma dan ijazah. Dengan kebolehannya berbual bahasa Inggeris dengan baik, dia dapat ke Singapura dan juga ia satu impian untuk ke Singapura untuk menjalani hidup baru di sini. Pada saya, untuk mencapai seperti beliau ialah jangan putus asa dan terus menghadapi cabaran-cabaran yang lain dan juga jangan malu untuk menunjukkan kebolehan kita kerana ia boleh membawa kami ke mana-mana terutama sekali ke luar negara.

Saya akan hadapi peringkat ‘N’ dan ‘O’ tahun hadapan. Peringkat ‘O’ untuk Matematiks sahaja dan peringkat ‘N’ untuk subjek-subjek yang lain. Cabaran ini amat susah untuk saya menghadapinya kecuali bekerja keras. Saya harus meluangkan masa untuk belajar pada tahun ini untuk member cukup semangat untuk tahun hadapan. Saya juga harus menghalang diriku untuk membuang masa dengan teman-teman, mengunakan internet setiap hari dan juga menonton televisyen kerana ini semua tidak penting dan saya sedar bahawa ada lagi yang lebih penting dari itu semua iaitu untuk mencapai cita-cita saya sebagai seorang doktor haiwan.

Saya akan terus cuba untuk mencapai cita-cita saya dan akan sentiasa membuat kedua ibu bapaku berasa bangga. Dari pengalaman persekolahan Doktor Megumi Kodera, saya tidak akan putus asa dan terus menghadapi cabaran-cabaran yang lain.