Monday, January 7, 2008

Cuti sekolah akhir tahun

Assalamualaikun dan salan sejahtera kepada semua. Cuti sekolah akhir tahun lalu, saya dan ibu saya ke Melaka pada 13 haribulan 12 hingga 15 haribulan 12. Kami menaiki MRT ke Keranji dan terus menaiki bas ke Woodlands Checkpoint dan Johor Checkpointuntuk menyelesaikan passport kami. Selepas itu kami menaiki bas express ke Larkin iaitu tempat pertukaran bas di Johor Bahru. Selepas itu kami membeli sedikit makanan untuk alas perut kerana bas express ke Melaka selama 3 jam. Kami juga tidak sempat hendak sarapan.

Di dalam perjalanan ke Melaka, saya berehat sambil mendengar lagu. Selama 3 jam di dalam bas amat bosan jadi saya dan ibu saya tidur sebentar.

Selama 3 jam di dalam bas, sampai juga ke tempat pelancongan saya iaitu Melaka. Kami ke Melaka Sentral untuk makan tengah hari. Saya makan Mee Goreng dan ibu saya makan Nasi Padang.. Makanan di Melaka enak sekali. Setelah kenyang saya dan ibu saya membeli barang-barang keperluan di hotel nanti. Kami membeli keropok, majalah dan banyak lagi.

Kami terus menaiki teksi ke Emperor Hotel. Saya berasa amat gembira dan ghairah kerana pertama kali ke Melaka dan dapat menginap di sebuah hotel. Setelah sampai, kami memesan ruangan hotel kami. Bilik hotel kami di tingkat 18. Amat tinggi sekali. Kami dapat menyaksikan seluruh Melaka. Begitu hebat.

Untuk makan malam, kami ke Mahkota mall. Terdapat banyak barang di sana. Saya amat terkejut kerana mall tersebut lebih besar dari mall berdekatan dengan rumah saya. Makan malam saya amat enak sekali. Setelah itu, kami ke kedai buku kerana saya gemar membaca. Kami membeli-belah di sana juga. Setelah penat membeli-belah, kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel.

Pada keesokan hari, kami bersarapan di hotel. Saya makan nasi goreng sama seperti ibu saya. Setelah itu kami ke Istana Kesultanan Melaka. Di sana banyak cerita-cerita sejarah tentang Hang Jebat, Hang Tuah, Sultan Mahmud dan lain-lainya. Saya juga mengambil gambar baju-baju tradisional pada zaman kesulatanan Melaka.

Setelah itu, kami menaiki bukit untuk menyaksikan kubur orang-orang portugis dan belanda. Pemandangan terbentang luas. Ini bermakna Melaka pernah dijajah oleh Belanda dan Portugis. Kami ke Dataran Pahlawan untuk makan tengah hari. Tiba-tiba hujan lebat. Kami terus menaiki teksi ke hotel.

Kami juga makan malam di mahkota mall. Setelah itu kami membeli barang-barang untuk membawa pulang ke Singapura. Kami menaiki teksi ke hotel kerana ia sudahpun pukul 9 malam. Pada malam itu saya tidur dengan nyenyak sekali kerana terlalu penat dan tidak sabar untuk pulang ke tanah airku.

Pada keesokan harinya, kami bersarapan di sebuah restoran berdekatan dengan hotel tersebut. Walaupun restoran itu dimiliki oleh orang cina tetapi makanannya halal kerana ia ditempati di Malaysia. Enak sekali. Setelah kenyang, kami pulang ke hotel untuk mengemas barang-barang kami. Kami meninggalkan hotel kami pada pukul 11.30 pagi. Kami menaiki teksi ke Melaka Sentral untuk menaiki bas ekspress ke Singapura. Bas tersebut bertolak jam 1.30 petang. Sempatlah kami membeli makanan untuk alas perut kerana perjalanannya selama 4 jam. Bosan juga.

Jam sudahpun pukul 1.30 petang. Saya berasa gembira kerana tidak sabar pulang ke Singapura dan bersedih juga kerana Melaka adalah satu tempat yang saya ingin pergi sejak kecil lagi. Selama 4 jam ke Singapura saya berehatkan mata sambil mendengar lagu. Setelah 3 jam di jalan raya, kami sampai di Johor Bahru. Terdapat kesesakan jalan raya kerana hujan lebat dan banjir. Itulah pertama kali saya ,menyaksikan banjir di Johor Bahru.

Kami ke Checkpoint Johor. Setelah itu sampailah kami ke Singapura. Kami ke Checkpoint Woodlands untuk menyelesaikan passport. Kemudian, kami diantar sampai di perhentian bas ekspress di Bugis. Betapa penat kami berdua tetapi bahagia rasanya kerana tiba ke tanah airku.
Setelah itu kami menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

Pengalaman saya di Melaka ialah orang-orang di sana peramah dan baik sekali. Suatu hari, kami menaiki teksi, tiba-tiba ibu saya bertanya apakah tempat menarik di Melaka, terus dia menjawab dengan semangat sekali. Ibu saya tanya satu soalan kerana terlalu semangat dia menjwabnya dengan banyak jawapan. Amat lucu hingga kami tidak dapat lupakan. Itulah pengalaman saya di Melaka dan saya ingin sekali ke sana lagi. Wassalam

Thursday, January 3, 2008

Lawatan ke Taman Warisan Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman sekalian. Saya ingin menceritakan tentang lawatan saya ke Taman Warisan Melayu. Pada 12 haribulan September, saya dan teman-teman sedarjah kelas Melayu ke Taman Warisan Melayu di Kampong Glam. Kami ke sana menaiki bas sekolah.

Setelah sampai ke sana, kami disambut oleh seseorang yang dikenali sebagai penari di Taman Warisan. Dia memberitahu kami bahawa dahulu di Taman Warisan terdapat banyak pokok glam di sekeliling taman itu dan juga kampong-kampong. Di luar Museum terdapat sebatang pokok glam. Pokok glam ini amat berguna. Ia boleh digunakan untuk minyak Geliga, pohonnya juga boleh digunakan untuk kayu api dan sebagainya.

Kami diberi dua jam untuk berjalan-jalan dan menyaksikan item-item yang di dalam muzeum tersebut. Saya dapat merasakan bagaimana kehidupan di kampong. Ia amat meriah sekali kalau ada sambutan seperti orang kahwin, Hari Raya Aidilfitri dan banyak lagi. Ia lebih meriah dari kehidupan di rumah pangsa. Saya juga tahu yang Cerita Bujang Lapok dilakonkan di situ juga. Terdapat satu daerah iaitu semua alat-alat kamera ditempati dan 3 katil kanvas yang digunakan oleh Ramlee, Aziz dan Sudin dalam cerita tersebut. Di situ juga terdapat biodata P.Ramlee.

Setelah dua jam berjalan-jalan di dalam muzeum itu, kami ke dewan Taman Warisan untuk menyaksikan persembahan budaya Melayu. Kami menyaksikannya bersama rakan-rakan dari Sekolah Menengah Pioneer. Pertama, mereka menari tarian Taman Warisan. Setelah itu kami diceritakan oleh pengacara tentang kehidupan orang-orang kampung pada masa dahulu. Kami menyaksikan tarian Telok Blangah. Penari setelah itu menunjukan baju kurung Telok Blangah wanita dan laki-laki. Pengacara memberitahu kami perbezaan dan persamaan antara baju kurung Telok Blangah dan Cekak Musang. Perbezaannya ialah cekak musang mempunyai kolar tetapi Telok Blangah tidak. Persamaannya pula ialah keduanya mempunyai tiga kocek bahagian kiri atas dan bahagian bawah kiri dan kanan untuk menyimpan 'duit raya'.

Mereka menunjukkan kami bagaimana hendak memakai sarong wanita dan laki-laki. Perbezannya ialah sarong lelaki mempunyai dua warna. Satunya ialah warna background dan warna untuk tanda belakang sama seperti wanita tetapi wanita amat bercorak. Laki-laki memakai sarong itu dalam posisi menunjukkan tanda yang di belakang tetapi wanita memakai menunjukkan dari tepi. Mereka mengajak kami mencubanya. Ramai dari Sekolah Pioneer tetapi tiada dari Shuqun tetapi tidak mengapa. Setelah itu kami diberi peluang untuk bermain kompang. Semua di dewan tersebut diberi peluang termasuk guru-guru. Sakit telinga juga tetapi pengalamannya asyik sekali.

Akhir sekali, mereka menunjukkan tarian zapin. Itulah yang paling asyik dalam persembahan ini. Mereka mengajak kami berjoget juga. Sekarang ramai pula dari Shuqun yang ingin mencuba. Banyak yang lucu tetapi asyik. Kami diajak oleh mereka untuk mengambil gambar. Ia amat menarik. Suka sekali.

Pengalaman dan pendapat saya ke lawatan tersebut. Pengalamannya amat menarik dan saya amat gembira kerana banyak yang saya pelajari dari lawatan tersebut. Pendapat saya tentang lawatan ini ialah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada terutama sekali Cikgu Ismail, Cikgu Khatijah dan Cikgu Normaiza kerana mereka merancang semua ini untuk kami. Kalau kami tidak ke situ tentu kami tidak tahu sejarah orang Melayu di Singapura pada masa dahulu dan juga budaya melayu. Walaupun kami sudah tahu banyak tentangnya tetapi banyak lagi yang kami harus dan ingin tahu. Itu saja ya. Sekian terima kasih. Wassallam

komentar tentang sebuah artikel dalam cyberita

Saya ingin merujuk sebuah cerita yang berjudul Geylang Serai, kampung Gelam siap mandi cahaya. Cerita ini mengenai pembuka tirai menyambut datangnya bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Ia juga untuk dua perayaan lain iaitu Pesta Pertengahan Musim Gugur dan Deepavali. Semua ini anjuran Lembaga Pelancongan Singapura(STB). Mereka juga mengatur beberapa program khas untuk pelancong mengenali budaya dan amalan penduduk berbilang kaum Singapura menerusi perayaan-perayaan tersebut. Pengunjung juga dapat mempelajari kisah- kisah mistik Pesta Pertengahan Musim Gugur, melawat kuil-kuil di Little India dan berbuka puasa bersama masyarakat Islam.Pada pendapat saya, saya rasa ini amat menarik bagi kaum Islam pada Hari Raya Aidilfitri kerana ia lebih meriahkan hari tersebut dan juga peluang yang baik bagi pelancong-pelancong kerana dapat pelajari kisah-kisah mistik Pesta Pertengahan Musim Gugur, melawat kuil-kuil di Little India dan berbuka puasa bersama masyarakat Islam.

Tentang diriku, Nizrin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman sekalian. Saya Nizrin dari Sekolah Menengah Shuqun. Saya berumur 14 tahun. Saya seseorang yang peramah, baik hati dan sentiasa memahami. Saya juga seseorang yang jujur dan bertanggungjawab. Hobi saya ialah membaca akhbar, menonton 'VCD'/ cakera padat kegemaran saya seperti 'Mr Bean's Holiday', 'Over the Hedge' dan banyak lagi dan juga melungsuri Internet. Perkara-perkara yang saya suka di sekolah ialah mempunyai teman-teman yang prihatin antara satu sama lain, guru yang memahami perasaan murid- murid, menjadi seorang yang lucu dan banyak lagi. Saya juga gemar mendengar radio untuk mengetahui lagu-lagu terbaru. Itu saja yang saya ingin berkongsi tentang diriku ini. Wasallam.