Assalamualaikum semua. Nizrin pada tahun ini kembali lagi untuk menghadapi peperiksaan GCE peringkat 'O' di akhir tahun nanti. Pada tahun lalu, saya mengambil peperiksaan GCE peringkat 'N'. Pada awalnya, saya tidak begitu semangat dan hampir berputus asa akibat sering gagal dalam pelbagai peperiksaan yang saya hadapi. Saya juga tidak yakin dan tidak bermotivasi langsung tetapi dengan sokongan dan semangat yang diberikan oleh keluarga dan guru-guru, saya akhirnya berjaya untuk lulus peperiksaan GCE peringkat 'N'. Walaupun saya mendapat '15 points' untuk peperiksaan ini, saya tetap bersyukur dan berbesar hati kerana saya lulus dan bangga akan keputusan yang saya dapati. Syukur Alhamdulillah.
Pada tahun lalu juga, selain dari mengambil peperiksaan GCE peringkat 'N', saya juga mengambil peperiksaan Matematiks GCE peringkat 'O'. Setelah mendapat keputusan pada awal tahun ini, saya tidak begitu gembira kerana saya hanya mendapat gred C6 buat subjek tersebut. Saya bersyukur kerana saya lulus. Bukan saja itu, guru saya juga memberi peluang yang kedua untuk saya menghadapinya sekali lagi. Jadi pada tahun ini, saya akan membuktikan bahawa saya boleh mencapai sekurang-kurangnya gred A atau B buat subjek Matematik dan juga subjek-subjek yang lain.
Sekarang, Nizrin akan berikan cara-cara bagaimana ingin berjaya dalam mengahadapi peperiksaan GCE peringkat 'N'.
1. Untuk meningkatkan bahasa,
- banyak membaca majalah, suratkhabar dan juga buku cerita yang kamu gemari
- catatkan kosa kata(perkataan-perkataan yang kamu tidak fahami)
- gunakan perkataan tersebut dalam karangan dan juga lisan(dengan banyak menggunakan perkataan itu, anda akan lebih memahami maknanya)
2. Subjek-subjek yang lemah
- Membeli buku '10 years series'(sentiasa membuat latihan)
- Berjumpa guru jika mempunyai masalah dalam subjek tersebut(belajar secara kumpulan- bersama teman-teman yang mahir dalam subjek itu)
- Menghafal(cara yang paling best!!!)
Kepada pembaca-pembaca blog saya, jika anda mempunyai masalah dalam pelajaran, lakukanlah cara-cara ini kerana saya yakin anda boleh berjaya jika anda berkeyakinan tinggi, bermotivasi dan juga semangat akan kejayaan yang anda inginkan. Amin.
Wa'alaikumsalam w.r.b
Monday, February 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)