Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman sekalian. Saya ingin menceritakan tentang lawatan saya ke Taman Warisan Melayu. Pada 12 haribulan September, saya dan teman-teman sedarjah kelas Melayu ke Taman Warisan Melayu di Kampong Glam. Kami ke sana menaiki bas sekolah.
Setelah sampai ke sana, kami disambut oleh seseorang yang dikenali sebagai penari di Taman Warisan. Dia memberitahu kami bahawa dahulu di Taman Warisan terdapat banyak pokok glam di sekeliling taman itu dan juga kampong-kampong. Di luar Museum terdapat sebatang pokok glam. Pokok glam ini amat berguna. Ia boleh digunakan untuk minyak Geliga, pohonnya juga boleh digunakan untuk kayu api dan sebagainya.
Kami diberi dua jam untuk berjalan-jalan dan menyaksikan item-item yang di dalam muzeum tersebut. Saya dapat merasakan bagaimana kehidupan di kampong. Ia amat meriah sekali kalau ada sambutan seperti orang kahwin, Hari Raya Aidilfitri dan banyak lagi. Ia lebih meriah dari kehidupan di rumah pangsa. Saya juga tahu yang Cerita Bujang Lapok dilakonkan di situ juga. Terdapat satu daerah iaitu semua alat-alat kamera ditempati dan 3 katil kanvas yang digunakan oleh Ramlee, Aziz dan Sudin dalam cerita tersebut. Di situ juga terdapat biodata P.Ramlee.
Setelah dua jam berjalan-jalan di dalam muzeum itu, kami ke dewan Taman Warisan untuk menyaksikan persembahan budaya Melayu. Kami menyaksikannya bersama rakan-rakan dari Sekolah Menengah Pioneer. Pertama, mereka menari tarian Taman Warisan. Setelah itu kami diceritakan oleh pengacara tentang kehidupan orang-orang kampung pada masa dahulu. Kami menyaksikan tarian Telok Blangah. Penari setelah itu menunjukan baju kurung Telok Blangah wanita dan laki-laki. Pengacara memberitahu kami perbezaan dan persamaan antara baju kurung Telok Blangah dan Cekak Musang. Perbezaannya ialah cekak musang mempunyai kolar tetapi Telok Blangah tidak. Persamaannya pula ialah keduanya mempunyai tiga kocek bahagian kiri atas dan bahagian bawah kiri dan kanan untuk menyimpan 'duit raya'.
Mereka menunjukkan kami bagaimana hendak memakai sarong wanita dan laki-laki. Perbezannya ialah sarong lelaki mempunyai dua warna. Satunya ialah warna background dan warna untuk tanda belakang sama seperti wanita tetapi wanita amat bercorak. Laki-laki memakai sarong itu dalam posisi menunjukkan tanda yang di belakang tetapi wanita memakai menunjukkan dari tepi. Mereka mengajak kami mencubanya. Ramai dari Sekolah Pioneer tetapi tiada dari Shuqun tetapi tidak mengapa. Setelah itu kami diberi peluang untuk bermain kompang. Semua di dewan tersebut diberi peluang termasuk guru-guru. Sakit telinga juga tetapi pengalamannya asyik sekali.
Akhir sekali, mereka menunjukkan tarian zapin. Itulah yang paling asyik dalam persembahan ini. Mereka mengajak kami berjoget juga. Sekarang ramai pula dari Shuqun yang ingin mencuba. Banyak yang lucu tetapi asyik. Kami diajak oleh mereka untuk mengambil gambar. Ia amat menarik. Suka sekali.
Pengalaman dan pendapat saya ke lawatan tersebut. Pengalamannya amat menarik dan saya amat gembira kerana banyak yang saya pelajari dari lawatan tersebut. Pendapat saya tentang lawatan ini ialah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada terutama sekali Cikgu Ismail, Cikgu Khatijah dan Cikgu Normaiza kerana mereka merancang semua ini untuk kami. Kalau kami tidak ke situ tentu kami tidak tahu sejarah orang Melayu di Singapura pada masa dahulu dan juga budaya melayu. Walaupun kami sudah tahu banyak tentangnya tetapi banyak lagi yang kami harus dan ingin tahu. Itu saja ya. Sekian terima kasih. Wassallam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment