Monday, January 7, 2008

Cuti sekolah akhir tahun

Assalamualaikun dan salan sejahtera kepada semua. Cuti sekolah akhir tahun lalu, saya dan ibu saya ke Melaka pada 13 haribulan 12 hingga 15 haribulan 12. Kami menaiki MRT ke Keranji dan terus menaiki bas ke Woodlands Checkpoint dan Johor Checkpointuntuk menyelesaikan passport kami. Selepas itu kami menaiki bas express ke Larkin iaitu tempat pertukaran bas di Johor Bahru. Selepas itu kami membeli sedikit makanan untuk alas perut kerana bas express ke Melaka selama 3 jam. Kami juga tidak sempat hendak sarapan.

Di dalam perjalanan ke Melaka, saya berehat sambil mendengar lagu. Selama 3 jam di dalam bas amat bosan jadi saya dan ibu saya tidur sebentar.

Selama 3 jam di dalam bas, sampai juga ke tempat pelancongan saya iaitu Melaka. Kami ke Melaka Sentral untuk makan tengah hari. Saya makan Mee Goreng dan ibu saya makan Nasi Padang.. Makanan di Melaka enak sekali. Setelah kenyang saya dan ibu saya membeli barang-barang keperluan di hotel nanti. Kami membeli keropok, majalah dan banyak lagi.

Kami terus menaiki teksi ke Emperor Hotel. Saya berasa amat gembira dan ghairah kerana pertama kali ke Melaka dan dapat menginap di sebuah hotel. Setelah sampai, kami memesan ruangan hotel kami. Bilik hotel kami di tingkat 18. Amat tinggi sekali. Kami dapat menyaksikan seluruh Melaka. Begitu hebat.

Untuk makan malam, kami ke Mahkota mall. Terdapat banyak barang di sana. Saya amat terkejut kerana mall tersebut lebih besar dari mall berdekatan dengan rumah saya. Makan malam saya amat enak sekali. Setelah itu, kami ke kedai buku kerana saya gemar membaca. Kami membeli-belah di sana juga. Setelah penat membeli-belah, kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel.

Pada keesokan hari, kami bersarapan di hotel. Saya makan nasi goreng sama seperti ibu saya. Setelah itu kami ke Istana Kesultanan Melaka. Di sana banyak cerita-cerita sejarah tentang Hang Jebat, Hang Tuah, Sultan Mahmud dan lain-lainya. Saya juga mengambil gambar baju-baju tradisional pada zaman kesulatanan Melaka.

Setelah itu, kami menaiki bukit untuk menyaksikan kubur orang-orang portugis dan belanda. Pemandangan terbentang luas. Ini bermakna Melaka pernah dijajah oleh Belanda dan Portugis. Kami ke Dataran Pahlawan untuk makan tengah hari. Tiba-tiba hujan lebat. Kami terus menaiki teksi ke hotel.

Kami juga makan malam di mahkota mall. Setelah itu kami membeli barang-barang untuk membawa pulang ke Singapura. Kami menaiki teksi ke hotel kerana ia sudahpun pukul 9 malam. Pada malam itu saya tidur dengan nyenyak sekali kerana terlalu penat dan tidak sabar untuk pulang ke tanah airku.

Pada keesokan harinya, kami bersarapan di sebuah restoran berdekatan dengan hotel tersebut. Walaupun restoran itu dimiliki oleh orang cina tetapi makanannya halal kerana ia ditempati di Malaysia. Enak sekali. Setelah kenyang, kami pulang ke hotel untuk mengemas barang-barang kami. Kami meninggalkan hotel kami pada pukul 11.30 pagi. Kami menaiki teksi ke Melaka Sentral untuk menaiki bas ekspress ke Singapura. Bas tersebut bertolak jam 1.30 petang. Sempatlah kami membeli makanan untuk alas perut kerana perjalanannya selama 4 jam. Bosan juga.

Jam sudahpun pukul 1.30 petang. Saya berasa gembira kerana tidak sabar pulang ke Singapura dan bersedih juga kerana Melaka adalah satu tempat yang saya ingin pergi sejak kecil lagi. Selama 4 jam ke Singapura saya berehatkan mata sambil mendengar lagu. Setelah 3 jam di jalan raya, kami sampai di Johor Bahru. Terdapat kesesakan jalan raya kerana hujan lebat dan banjir. Itulah pertama kali saya ,menyaksikan banjir di Johor Bahru.

Kami ke Checkpoint Johor. Setelah itu sampailah kami ke Singapura. Kami ke Checkpoint Woodlands untuk menyelesaikan passport. Kemudian, kami diantar sampai di perhentian bas ekspress di Bugis. Betapa penat kami berdua tetapi bahagia rasanya kerana tiba ke tanah airku.
Setelah itu kami menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

Pengalaman saya di Melaka ialah orang-orang di sana peramah dan baik sekali. Suatu hari, kami menaiki teksi, tiba-tiba ibu saya bertanya apakah tempat menarik di Melaka, terus dia menjawab dengan semangat sekali. Ibu saya tanya satu soalan kerana terlalu semangat dia menjwabnya dengan banyak jawapan. Amat lucu hingga kami tidak dapat lupakan. Itulah pengalaman saya di Melaka dan saya ingin sekali ke sana lagi. Wassalam

No comments: