Assalamualaikum semua. Tahun ini saya akan mengambil peperiksaan GCE 'N' level jadi saya ra sa inilah masanya yang saya harus berusaha dengan begitu keras dan banyak berdisiplin. Sekolah di Shuqun amat istimewa sekali kerana saya dapat ramai kawan, guru-guru yang begitu baik dan sentiasa memeberi sokongan. Tidak menyesal kalau saya memilih sekolah ini.
Peristiwa yang menjadi kenangan semasa di SQSS ialah apabila mendapat tempat kedua di dalam kelas buat pertama kali. Sewaktu itu saya di menengah satu. Bukan saja itu, saya juga menerima hadiah daripada Mr Kelvin Tay kerana saya telah mendapat tempat pertama bagi ujian Matematik. Saya amat terkejut kerana tidak sangka yang saya begitu rajin, lagipun markah PSLE saya tidak begitu baik. Dengan mendapat tempat kedua di dalam kelas, saya diberi 'Edusave Scholarship'. Saya juga diberi sebanyak $300 daripada mendiang MC Bukit Batok iaitu Dr Ong Chit Chung. Tahun lalu saya juga diberi scholarship kerana mendapat tempat sepuluh keatas di dalam kelas.
Guru-guru yang saya hargai selama empat tahun di Shuqun ialah terutama sekali guru kelas saya iaitu Mrs Leong, Mdm Wong dan Mr Tan. Guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Ismail; yang telah mengambil kelas saya sejak menengah satu, guru Matematik iaitu Mr Joshua Tan; yang sering memberi kerja sekolah dan juga guru-guru subjek yang lain. Tanpa mereka semua tidak mungkin saya akan berada di menengah empat sekarang. Merekalah yang sering membantu dan memberi sokongan.
Nasihat saya buat pelajar-pelajar junior ialah inilah masa yang kamu harus nikmati kerana pada masa hadapan kamu semua akan hadapi berbagai onak dan duri. Jadi inilah masa yang sesuai untuk kamu berinteraksi dengan ramai orang seperti guru-guru dan juga teman-teman. Jangan malu-malu untuk bertanya atau menjawab soalan kerana tiada yang salah jika kamu fokus dan ingin belajar.
Cita-cita dan harapan saya pada masa hadapan ialah Insya-Allah ke Polytechnic ataupun SHATEC. Kalau ke Poly, saya akan mengambil kursus 'jururawat' atau 'Hospitality and Tourism'. Kalau ke SHATEC, saya akan mengambil degree untuk 'Hotel Management'. Dari situ, saya akan mengambil bonding ke luar negeri. Terutama sekali saya akan berazam yang terbaik untuk GCE 'N' dan 'O' level dan juga sentiasa berjaya. Amin.
Wa'alaikumsalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment